Biodata & Profile Jaclyn Victor

Friday 25 May 2012


 Biodata & Profile Jaclyn Victor
Jaclyn Joshua Thanaraj Victor (born December 4, 1978) is a singer and actress, popularly known as Jac, who won the inaugural Malaysian Idol and Ikon Malaysia. For being the winner of Malaysian Idol, she won a recording contract under Sony BMG Entertainment. She is under the management of The 8 Unit. She represented Malaysia in the first Asian Idol and Ikon Asean. She is also dubbed as Asia's Divette for her vocal prowess.
Jaclyn d/o Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor atau lebih mesra dipanggil Jac, 29, dilahirkan pada 4 Disember 1978 dan berasal dari Kuala Lumpur. Dilahirkan di Kepong. Anak sulung daripada empat beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Taman Ehsan, Kepong. Satu sekolah dengan kawan Budiey, Rizal. Ketika beliau berusia 9 tahun, ayahnya meninggal dunia dan ibunya terpaksa bekerja untuk menyara adik beradik sekeluarga. Di usia 18 tahun, Jaclyn terpaksa bekerja menyanyi di kelab dan hotel untuk membantu masalah kewangan yang membebani keluarganya.

Dengan sokongan rakan-rakan dan keluarga, Jac dan kawannya Ravi the Rat telah merakam sebuah album yang berjudul Dream. Lagu dan lirik dibuat bersama Jac dan Ravi. Pengalaman ini menjadi Jac lebih matang dari segi vokal dan seni suara dan menganggapnya sebagai kolej muziknya.

Menyertai Malaysian Idol pada 2004 sekali gus dinobatkan sebagai juara pertama program realiti TV berkenaan. Lagu Gemilang pernah menjadi juara Carta Hits 1 musim kedua pada 2005 dan Jac pula memenangi kategori Persembahan Terbaik. Memenangi anugerah emas ketika menyertai Shanghai Music Festival pada 2005 dan mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20) dan menang kategori Balada, kedua-duanya menerusi lagu Gemilang. Dia juga pernah bergelar Penyanyi Wanita Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2006 di Singapura. Menerusi Anugerah Industri Muzik 13, Jac memenangi empat kategori sekali gus iaitu Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Terbaik, kesemuanya menerusi lagu dan album Gemilang.

0 comments:

Post a Comment